Pemandu treler buat pusingan-U haram, langgar kereta diparkir di bahu jalan
Pemandu treler buat pusingan-U haram, langgar kereta diparkir di bahu jalan

SUNGAI BULOH: Sebuah lori melanggar kereta yang diparkir di tepi Jalan Hospital Sungai Buloh, dekat sini, petang semalam selepas dikatakan membuat pusingan-U di tempat yang tidak dibenarkan.
Kejadian itu tular di media sosial selepas rakaman video papan pemuka berdurasi satu minit 32 saat memaparkan treler berkenaan cuba membuat pusingan-U sebelum mengundur dan melanggar kereta yang diparkir di bahu jalan.
Melalui rakaman video itu jelas menunjukkan bahawa kenderaan berat itu membuat pusingan U di laluan masuk ke simpang dengan papan tanda larangan membuat pusingan U.
Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, tiada kecederaan dilaporkan namun kedua-dua kenderaan rosak.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata siasatan awal mendapati pemandu treler dari Klang dalam perjalanan ke sebuah kilang di Sungai Buloh sebelum tersilap masuk jalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Pemandu berkenaan cuba membuat pusingan-U dan ketika mengundur, treler terbabit melanggar sebuah kereta jenis Proton Saga yang diparkir di bahu kiri jalan.
“Pemandu treler dan pemilik kereta berkenaan hadir membuat laporan polis di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh pada hari sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, kejadian disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.
“Polis menasihati orang ramai agar berhati-hati dan mematuhi papan tanda isyarat lalu lintas bagi mengelakkan insiden seumpama ini berulang,” katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Sungai Buloh, Sarjan Azizul Azrin Bahro di talian 013-6756317 atau Bilik Gerakan IPD Sungai Buloh di talian 03-61561222 bagi membantu siasatan.
Pemandu treler buat pusingan-U haram, langgar kereta diparkir di bahu jalan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.