Pelanggan bertempiaran lihat biawak dalam restoran
Pelanggan bertempiaran lihat biawak dalam restoran

BANGKOK – Seekor biawak mencetuskan kekecohan di sebuah restoran di wilayah Nakhon Ratchasima apabila ia merangkak di dinding, menyebabkan pelanggan lari bertempiaran, lapor laman berita Thaiger.
Dalam kejadian pada 24 September lalu, reptilia itu pada awalnya dilihat seorang pelanggan ketika restoran berkenaan baru sahaja dibuka.Pelanggan tersebut mendengar bunyi aneh dari dinding sebelum melihat biawak itu merangkak dan cuba memasuki premis.
Menurut pemilik restoran, biawak itu dipercayai masuk ke dalam premis melalui paip saliran sebelum merangkak di dinding.
“Mujurlah tidak ramai pelanggan pada masa itu, jadi kami dapat mengelak adegan huru-hara,” kata pemiliknya.
Pasukan penyelamat tiba tidak lama kemudian dan menangkap biawak tersebut sebelum ia dilepaskan semula ke habitat semula jadinya. – AGENSI
Pelanggan bertempiaran lihat biawak dalam restoran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.