Netizen Terhibur Lihat Fattah Amin Makin ‘HYPER’ [VIDEO]
“Ni Irfan Haris 2.0 Ke?”
Netizen Terhibur Lihat Fattah Amin Makin ‘HYPER’ [VIDEO]
Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin yang mesra bersama Amira Othman.
@amiraothmanofficial Hikssssss thank you suami 🤭
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gembira lihat Fattah Amin semakin bahagia bersama pasangannya itu.
“aku suka tengok fattah amin yang sekarang ni, seronok tengok”
“tengok fattah amin lompat aku rasa berat ujian kak long sebab fattah amin dah macam irfan harris hahahah”
“apa yang mira bagi fattah makan ni, hyper betul dia sekarang hahaha”
“ini memang kebahagiaan sebenar seorang lelaki, jelas tergambar,, semoga kebahagiaan pasangan ini hingga ke syurga Allah”
Info tambahan, Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia. Beliau mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari serta mereka juga dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara. Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan.
Pada 14 september 2025, Fattah Amin sah menjadi suami kepada pelakon, penyanyi dan pengacara yang dikenali ramai iaitu Amira Othman dengan perkahwinan yang ditonton seluruh rakyat Malaysia secara langsung.
Netizen Terhibur Lihat Fattah Amin Makin ‘HYPER’ [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.