Kuroda mahu Machida Zelvia tampilkan gaya permainan tersendiri
Kuroda mahu Machida Zelvia tampilkan gaya permainan tersendiri

Iskandar Puteri: Pengendali FC Machida Zelvia, Go Kuroda mahu mempersembahkan gaya permainan tersendiri kelab itu dalam penampilan pertama saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.
Ketua jurulatih kelahiran Jepun itu berkata, walaupun hadir sebagai pendatang baharu, Machida Zelvia mahu menjadi pencabar dan melihat sejauh mana mereka mampu melangkah dalam saingan kelab elit Asia pada musim ini.
“Ini kali pertama Machida Zelvia berentap dalam ACLE dan kami teruja untuk bersaing dalam kejohanan terbesar di rantau ini.
“Kami menjangkakan pertembungan sengit memandangkan ini aksi pertama di tempat lawan.
“Bagaimanapun, fokus kami untuk menunjukkan gaya permainan kami di mata dunia dan tidak akan mengubah gaya permainan bagi membuktikan kemampuan Machida,” katanya pada sidang akhbar praperlawanan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Ditanya mengenai tiga pemain JDT yang digantung oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Kuroda berkata, situasi itu tidak memberi kesan langsung kepada persiapan dan tidak memberi kelebihan kepada pasukannya.
Kata bekas guru Aomori Yamada High School itu, misi pasukannya untuk memburu tiga mata pertama setelah sekadar seri 1-1 pada aksi pembukaan menentang kelab Korea Selatan, FC Seoul, 16 September lalu.
“Kami maklum mengenai penggantungan pemain JDT itu dan bersimpati dengan nasib mereka.
“Kami sendiri ada pemain tidak dapat diturunkan seperti Neta Lavi yang dibelenggu kecederaan,” katanya.
Kuroda mahu Machida Zelvia tampilkan gaya permainan tersendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.