Jus campur dadah untuk berhibur dijual RM450 sebotol
Jus campur dadah untuk berhibur dijual RM450 sebotol

KUALA LUMPUR: Sindiket dadah dikesan menggunakan taktik mencampur bahan terlarang itu dalam minuman sebelum dijual kepada pelanggan di pusat hiburan sekitar Lembah Klang.
Berdasarkan rekod, minuman dalam botol itu termasuklah teh herba yang sudah dicampur dadah khususnya jenis methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dijual kepada pelanggan pada harga sehingga RM450 sebotol.
Taktik itu dibongkar polis susulan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Yap Kwan Seng, di sini, pada 25 September lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendi Sulaiman, berkata serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi kira-kira jam 10.20 malam itu membawa penemuan 503 botol berisi cecair disyaki MDMA dengan anggaran berat 239.5 kilogram (kg) serta 18 paket serbuk disyaki dadah jenis sama seberat 298.4 gram (g).
“Kita turut menemukan 70 pil disyaki Erimin 5 seberat 20g serta 20 paket plastik lut sinar mengandungi bahan disyaki ketamin seberat 19.6g.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM251,020 dan jumlah dadah dirampas boleh digunakan sehingga 3,631 pengguna,” katanya pada sidang media hari ini.
Sulizmie berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ketamin dan semakan lanjut mendapati seorang daripadanya memiliki rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
“Sindiket dipercayai menggunakan kondominium yang diserbu itu sebagai lokasi transit dan memproses minuman mengandungi dadah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
“Dadah dipercayai untuk pasaran di pusat hiburan dan tempahan dibuat pelanggan melalui WeChat sebelum penghantaran… ada yang dihantar dan ada yang diambil sendiri,” katanya.
Tambah Sulizmie kedua-dua suspek aktif sejak awal tahun ini dan hasil soal siasat, mereka mendakwa menerima upah RM100 untuk setiap penghantaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Kediaman digunakan kedua suspek dikesan disewa melalui aplikasi dalam talian dan polis sedang menjejak pemilik serta ejen unit berkenaan,” katanya.
Sulizmie berkata, mahkamah membenarkan suspek berusia 32 tahun direman lima hari sehingga 30 September ini, manakala seorang lagi direman tujuh hari sehingga 2 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Polis turut menyita dua kenderaan bernilai RM50,000 dan wang tunai RM140 yang dipercayai digunakan untuk tujuan pengedaran dadah, menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan dan sitaan sebanyak RM301,160.
Jus campur dadah untuk berhibur dijual RM450 sebotol
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.