Jurutera maut langgar babi depan masjid

Jurutera maut langgar babi depan masjid

Jurutera maut langgar babi depan masjid
Seorang jurutera maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor babi awal pagi tadi. Foto ihsan polis

KUALA TERENGGANU: Seorang jurutera maut apabila motosikal ditunggangnya dipercayai merempuh seekor babi di hadapan Masjid Bukit Berangan, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 6.30 pagi apabila mangsa, Azhar Yusof, 48, yang menaiki motosikal jenis Yamaha Ego Gear dari arah rumahnya di Kampung Bukit Berangan menghala ke Masjid Kampung Bukit Berangan melanggar haiwan dipercayai babi yang sedang melintas di situ.

“Siasatan awal mendapati mangsa melanggar haiwan dipercayai babi yang sedang melintas dari arah kiri ke tengah jalan mengakibatkan mangsa terjatuh.

“Akibat kejadian itu mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Azli berkata, motosikal ditunggang mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

 

Jurutera maut langgar babi depan masjid

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker