Jaringan Bowen buat bos baharu West Ham tersenyum

Jaringan Bowen buat bos baharu West Ham tersenyum

Jaringan Bowen buat bos baharu West Ham tersenyum
GAYA Bowen selepas menjaringkan gol West Ham di Stadium Hill Dickinson. FOTO Reuters

Liverpool: Nuno Espirito Santo memulakan tugasnya sebagai pengurus West Ham dengan keputusan seri 1-1 menentang Everton hasil jaringan penyamaan Jarrod Bowen pada separuh masa kedua, awal pagi tadi.

Nuno mengambil alih perlawanan pertamanya sebagai bos Hammers hanya 48 jam selepas dilantik menggantikan Graham Potter yang dipecat.

Bekas pengurus Nottingham Forest itu menyaksikan Michael Keane memberikan kelebihan kepada Everton pada separuh masa pertama di Stadium Hill Dickinson.

Penyerang England, Bowen, memastikan Nuno tidak mengalami kekalahan pada debutnya apabila dia menjaringkan gol selepas rehat.

Ia kali kedua sahaja dalam tujuh perlawanan semua pertandingan musim ini West Ham berjaya mengelak kekalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia


Kelab dari timur London itu kekal di tangga kedua tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya empat mata daripada enam perlawanan pertama.

“Kami melakukan banyak perkara yang baik. Bersaing dengan baik tetapi masih banyak kerja perlu dilakukan. Kami memulakan separuh masa kedua dengan semangat tinggi, keinginan itu ada,” kata Nuno.

“Kami perlu membina dari situ. Sekarang ini soal mengekalkan perkara mudah dan cuba memberi identiti yang baik kepada pemain. Kami akan sampai ke tahap itu.”

Dengan pengalaman berharga menyelamatkan kelab daripada penyingkiran setelah mengekalkan Forest dan Wolves dalam saingan utama, Nuno ditugaskan untuk membimbing West Ham keluar dari zon bahaya.

Pengurus berusia 51 tahun itu pasti berasa terhibur dengan semangat juang pemain selepas hanya dua sesi latihan bersama pasukan sejak mengambil alih.

“Ini baru tiga hari, kami masih dalam proses saling mengenali. Tetapi gembira untuk kembali dan bersaing.”

Potter dipecat pada Sabtu selepas hanya lapan bulan berkhidmat, dengan kelab berada di tangga ke-19 susulan kekalahan 1-2 menentang Crystal Palace dalam perlawanan terakhirnya.

Ironinya, Nuno sendiri dipecat lebih awal musim ini selepas berselisih faham dengan pemilik Forest, Evangelos Marinakis, mengenai polisi perpindahan kelab.

Nuno sebelum itu membawa Forest kembali ke saingan Eropah buat kali pertama dalam 30 tahun selepas menamatkan musim lalu di tangga ketujuh.

Jaringan Bowen buat bos baharu West Ham tersenyum

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker