Harimau Malaya perlu susun perancangan lawan Laos – Dollah

Harimau Malaya perlu susun perancangan lawan Laos – Dollah

Harimau Malaya perlu susun perancangan lawan Laos - Dollah
NAIB Presiden FAM, Datuk Dollah Salleh. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Berbaki 10 hari sebelum aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos di Vientiane pada 9 Oktober ini, barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya perlu segera menyusun kembali perancangan baharu bagi menghadapi perlawanan itu.

Keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung tujuh pemain warisan negara daripada sebarang aktiviti bola sepak ekoran isu pemalsuan dokumen perlu diketepikan seketika, dengan skuad terbaik perlu dibentuk sebelum aksi ketiga Kumpulan F itu berlangsung.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Dollah Salleh berkata, keputusan FIFA berkenaan sememangnya merencatkan perancangan pasukan yang sebelum ini gah melakar dua kemenangan berturut-turut ke atas Nepal dan Vietnam.

Jelasnya, pengendali negara, Peter Cklamovski tiada pilihan lain dengan perlu membuka ruang kepada pemain lain untuk mengisi kekosongan ditinggalkan tujuh tonggak warisan terbabit.

“Memang ada sedikit merencatkan perancangan, tapi apa sekali pun beliau sebagai seorang jurulatih kena tahu kalau apa berlaku negatif ke (rayuan ditolak FIFA), beliau mesti ada perancangan macam mana nak buat…sebab dekat Malaysia ini ramai lagi pemain.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia


“Beliau mesti ada kepercayaan untuk menentukan pemain siapa, kalau benda yang negatif berlaku.

“Tapi saya percaya, InsyaAllah positif (rayuan kepada FIFA berjaya) semuanya. Saya percaya kita sebenarnya ada kalau diberi kepercayaan oleh jurulatih InsyaAllah tak ada masalah,” katanya.

Jumaat lalu, FAM dan tujuh pemain warisan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FIFA dalam kenyataannya memaklumkan, FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan dalam urusan kesahihan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.

Tujuh pemain terbabit ialah Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel yang beraksi buat negara dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027.

Hasil siasatan, Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan FAM perlu membayar denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan



Setiap pemain pula dikenakan denda CHF2,000 (RM10,560) dan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan menyeru agar pemain tempatan yang diberi peluang kelak harus menggunakan peluang sebaik mungkin untuk mencabar tempat dalam pasukan.

“Pemain tempatan sendiri saya rasa ramai yang berkemampuan, cuma kalau benda itu berlaku dan peluang itu ada, janganlah lepaskan, kenalah tunjukkan sikit. Itu saja yang kita inginkan,” katanya.

Menerusi laporan Arena Metro semalam, terdapat sekurang-kurangnya lapan pemain terdiri daripada naturalisasi, warisan dan anak tempatan mampu mengisi kekosongan itu.

Antaranya, penyerang naturalisasi baharu, Jordan Mintah diikuti pemain berdarah warisan, Ryan Lambert, Richard Chin, Kobe Jae Chong serta pemain yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal.

Cklamovski disarankan untuk membuka pintu buat anak tempatan yang dilihat beraksi cukup mantap dalam saingan Liga Malaysia antaranya pemain tengah Kuching City FC, Danial Amier serta dua tonggak Negeri Sembilan FC, Harith Samsuri dan A Selvan.

Harimau Malaya perlu susun perancangan lawan Laos – Dollah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker