FAM perlu sediakan pasukan perundangan mantap – Christopher
FAM perlu sediakan pasukan perundangan mantap – Christopher

Kuala Lumpur: Pemerhati sukan tanah air, Datuk Christopher Raj mencadangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menubuhkan segera pasukan undang-undang mantap bagi menghadapi prosiding rayuan berkaitan kes dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Beliau yang juga mantan Ahli Jawatankuasa (EXCO) FAM menegaskan, penubuhan itu perlu memandangkan individu yang berada dalam jawatankuasa FIFA itu cukup berpengalaman luas dalam menangani pelbagai isu di seluruh dunia.
Jelasnya lagi, ahli Jawatankuasa Tatatertib dan Tribunal FIFA bukan sekadar bekas pemain, tetapi kebanyakannya terdiri daripada bekas peguam dari negara Eropah yang sudah lama berkecimpung dalam arena perundangan sukan.
“Ini adalah detik hitam buat bola sepak negara. Namun, pada masa sama, FAM perlu segera membentuk pasukan undang-undang yang kuat dengan pembabitan pakar perundangan untuk mengendalikan kes ini.
“Majoriti mereka (ahli Jawatankuasa Tatatertib dan Tribunal FIFA) adalah bekas peguam dengan pengalaman bertahun-tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Jadi, FAM tidak boleh memandang ringan kepakaran dimiliki pihak lawan dalam prosiding ini,” katanya yang berharap FAM tidak hanya bergantung kepada Jawatankuasa Tatatertibnya, tetapi turut mendapatkan pandangan serta bantuan daripada pakar luar.
Malam tadi, badan induk bola sepak negara memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.
Setiausaha Agungnya, Datuk Noor Azman Rahman menegaskan tujuh pemain warisan yang dikaitkan dengan pemalsuan dokumen itu adalah rakyat Malaysia yang sah.
Beliau berkata, FAM sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada FIFA sebelum mengemukakan rayuan mengikut proses dan lunas undang-undang sedia ada.
Terdahulu, FAM dan tujuh pemain membabitkan Gabriel Palmero, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
FIFA dalam kenyataannya memaklumkan, FAM didapati menyerahkan dokumen dipalsukan dalam urusan kesahihan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka diturunkan dalam perlawanan rasmi.
Hasil siasatan, Jawatankuasa Tatatertib FIFA memutuskan FAM perlu membayar denda sebanyak CHF350,000 (RM1.8 juta).
Setiap pemain pula dikenakan denda CHF2,000 (RM10,560) dan digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 12 bulan, berkuat kuasa serta-merta.
FAM perlu sediakan pasukan perundangan mantap – Christopher
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.