Wakil rakyat Amerika dedah UFO bersembunyi di dasar laut ribuan tahun
Wakil rakyat Amerika dedah UFO bersembunyi di dasar laut ribuan tahun

WASHINGTON – Ahli Kongres Tim Burchett mendakwa bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) bersembunyi di beberapa pangkalan makhluk asing di dasar laut di luar pantai Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar The Sun UK semalam.
Beliau merupakan anggota Jawatankuasa Pemantauan Dewan Perwakilan yang meneliti laporan penampakan UFO.
Burchett malah berkata, UFO telah menetap di dasar laut sejak beribu-ribu tahun lalu.
Dalam temu bual bersama pengkaji makhluk asing dan penerbit dokumentari dikenali sebagai Red Panda Koala, Burchett memberitahu, terdapat beberapa penampakan UFO di sekitar lima atau enam kawasan dasar laut.
“Seorang anggota tentera laut memberitahu bahawa dia dan beberapa askar lain melihat UFO bergerak di dalam laut. UFO. Kapal makhluk asing mencatatkan kelajuan beratus-ratus kilometer batu sejam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Sedangkan kapal selam terbaik kami memiliki kelajuan cuma 65 kilometer sejam.
“Saya mempunyai banyak persoalan mengenai perkara ini,” kata Burchett.
Di sebalik dakwaan tersebut, tiada bukti jelas boleh disahkan seperti artifak atau rakaman jelas penampakan UFO tidak didedahkan kepada umum. – AGENSI
Wakil rakyat Amerika dedah UFO bersembunyi di dasar laut ribuan tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.