Villa bangkit raih kemenangan pertama

Villa bangkit raih kemenangan pertama

Villa bangkit raih kemenangan pertama
JOHN McGinn meraikan jaringannya bersama Ollie Watkins dan Morgan Rogers. FOTO REUTERS

Birmingham: Ollie Watkins menamatkan kemarau di depan gawang ketika Aston Villa bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Fulham 3-1 yang juga kemenangan pertama pasukan itu dalam Liga Perdana musim ini.

Pasukan yang mara ke suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu itu memulakan saingan di zon penyingkiran selepas hanya meraih tiga mata daripada lima aksi liga setakat ini.

Skuad kendalian Unai Emery sekali lagi bermula buruk apabila Raul Jimenez menanduk masuk hantaran Sasa Lukic dari sepakan sudut selepas hanya tiga minit aksi.

Fulham tidak bernasib baik gagal menambah kelebihan mereka selepas setengah jam apabila dua kali dinafikan penalti.

Penantian lama Watkins untuk mendapatkan gol menjadi faktor utama permulaan perlahan Villa musim ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia


Pemain antarabangsa England itu juga gagal menyempurnakan penalti pada aksi Liga Europa yang dimenangi mereka 1-0 mengatasi Bologna.

Bagaimanapun kemarau 11 perlawanannya berakhir apabila mengatasi Bernd Leno bagi menukar arah permainan sebelum tamat babak pertama.

Villa kemudiannya mengawal permainan dengan dua gol selepas rehat.

John McGinn meledak kencang ke penjuru gawang daripada luar kotak penalti bagi memberikan kelebihan buat tuan rumah.

Watkins kemudian membantu jaringan ketiga apabila hantaran leretnya disempurnakan Emi Buendia.

Kemenangan meletakkan Villa di tangga ke-16, dua mata di belakang Fulham, yang jatuh ke tangga ke-10.

Villa bangkit raih kemenangan pertama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker