‘Influencer’ minta derma, mahu beli iPhone 17 Pro Max
‘Influencer’ minta derma, mahu beli iPhone 17 Pro Max

NEW DELHI – Seorang pempengaruh media sosial di India nekad meminta pengikutnya untuk memberikan sumbangan kepadanya agar dia dapat membeli telefon pintar jenama iPhone model terbaharu, lapor stesen penyiaran NDTV.
Gadis bernama Mahi Singh, meminta pengikutnya untuk menderma sebanyak 1 rupee (RM0.04) atau 2 rupee (RM0.09).
Dia telah meminta bapanya untuk membeli telefon itu tetapi ditolak kerana telah dihadiahkan iPhone 16 tiga bulan lalu.
“iPhone 17 Pro Max baru sahaja dilancarkan dan saya sangat suka akan warnanya. Tiga bulan lalu, bapa saya telah memberikan iPhone 16. Saya ingin mendapatkan telefon itu untuk hari jadi saya pada 21 Oktober ini.
“Jika anda semua memberikan 1 atau 4 rupee setiap seorang, saya boleh membeli telefon ini. Saya berterima kasih kepada anda kerana membuatkan impian saya menjadi nyata,” katanya di dalam video.
Rakaman itu mencatatkan lebih 38,000 dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Macam mana orang seperti dia dapat ramai ‘followers’?” kata seorang netizen. – AGENSI
‘Influencer’ minta derma, mahu beli iPhone 17 Pro Max
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.