‘Datuk John’ disambung reman 3 hari hari
‘Datuk John’ disambung reman 3 hari hari

KOTA BHARU: Ketua sindiket dikenali sebagai ‘Datuk John’ berusia 28 tahun yang disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan minyak masak bersubsidi disambung reman tiga hari bermula esok.
Perintah sambung reman itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid sehingga 1 Oktober bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan minyak masak bersubsidi dengan niat melakukan kesalahan.
Sebelum ini, lelaki berkenaan direman empat hari untuk membantu siasatan kes berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan, lapan individu termasuk dua anggota penguat kuasa ditahan dalam tiga operasi kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan minyak masak bersubsidi dikenali sebagai ‘Datuk John’, Khamis lalu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail, dilaporkan berkata, serbuan dilakukan di bandar Kota Bharu dan Pasir Puteh jam 7 malam dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Dalam serbuan itu, kita merampas minyak masak bersubsidi berjumlah 11,050 kilogram dianggarkan bernilai RM27,625 selain menahan lapan anggota sindiket.
“Kita berjaya menahan ketua sindiket dikenali sebagai ‘Datuk John’ berusia 28 tahun dan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM482,225 termasuk dua lori, sebuah pacuan empat roda dan sebuah Toyota Vellfire,” katanya.
‘Datuk John’ disambung reman 3 hari hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.