Barca gah di puncak liga
Barca gah di puncak liga

Barcelona: Barcelona bangkit menewaskan Real Sociedad 2-1 menerusi jaringan Jules Kounde dan Robert Lewandowski untuk meletakkan mereka di puncak carta LaLiga, awal pagi tadi.
Kemenangan keenam Barcelona dalam tujuh perlawanan membawa juara bertahan itu mengumpul 19 mata, satu mata di hadapan Real Madrid, manakala Real Sociedad kekal dengan lima mata selepas mengalami kekalahan keempat musim ini.
“Ia kemenangan pasukan. Mereka tahu bagaimana untuk bermain dan ia satu kerja keras, tetapi kami memang layak menang,” kata jurulatih Barcelona, Hansi Flick.
Mikel Oyarzabal hampir menyumbat gol daripada hantaran Goncalo Guedes pada minit ke-10 ketika Sociedad cuba memanfaatkan peluang yang jarang mereka dapat, manakala Barcelona menguasai permainan dengan 87% penguasaan bola pada separuh masa pertama.
Seminit kemudian, penjaga gol Sociedad, Alex Remiro, melakukan aksi menyelamat menakjubkan untuk menafikan cubaan Marcus Rashford dari dalam kotak penalti, dan sekali lagi menahan rembatan kaki kiri Roony Bardghji pada minit ke-24.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Namun, Sociedad mengejutkan tuan rumah apabila mereka membuka jaringan pada minit ke-30, menerusi bek kanan bekas pemain Real Madrid, Alvaro Odriozola, yang membuat penampilan sulung musim ini selepas Jon Aramburu cedera sewaktu sesi pemanas badan.
Ander Barrenetxea menewaskan Kounde dalam kotak penalti dan menghantar bola kepada Odriozola yang tidak dikawal, lalu menyempurnakan dengan kaki kanan dari jarak dekat.
Barcelona menyamakan kedudukan pada minit ke-43 apabila sepakan sudut Rashford menemui Kounde dalam kotak penalti, dan pemain pertahanan Perancis itu menanduk masuk tanpa kesilapan.
Barcelona tampil lebih yakin dalam separuh masa kedua dan Lamine Yamal memberikan impak segera kurang seminit selepas masuk sebagai pemain gantian.
Pemain berusia 18 tahun itu, yang baru pulih daripada kecederaan pangkal paha, melepasi seorang pertahanan dan melintangkan bola kepada Lewandowski, yang menanduk masuk pada minit ke-58 untuk meletakkan tuan rumah di depan 2-1.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Lewandowski hampir menambah gol seminit kemudian tetapi rembatannya dari hantaran tumit Dani Olmo melepasi palang.
Barcelona, yang kini mencatat lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan, akan menjadi tuan rumah kepada Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis sebelum meneruskan kempen LaLiga menentang Sevilla pada Ahad depan.
“Ia sesuatu yang baik, tetapi masih jalan yang panjang, esok kami akan mula fokus sepenuhnya kepada PSG,” tambah Flick.
Barca gah di puncak liga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
You must be logged in to post a comment.