Wanita lesap RM300,000 kena tipu lelaki menyamar polis

Wanita lesap RM300,000 kena tipu lelaki menyamar polis

Wanita lesap RM300,000 kena tipu lelaki menyamar polis
– Foto hiasan.

BATU PAHAT: Wanita kerugian lebih RM300,000 gara-gara terpedaya dengan sindiket penipuan phone scam menyamar polis.

Mangsa berusia 59 tahun mendakwa menerima panggilan pada 14 Mei lalu daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata individu itu memberitahu mangsa kononnya tersenarai sebagai suspek yang akan ditangkap bagi kes pengubahan wang haram.

Menurutnya, untuk mengelak daripada ditahan, suspek meminta mangsa menyerahkan maklumat akaun bank miliknya serta mengarahkan supaya memindahkan wang ke dalam akaun diberikan oleh sindiket terbabit kononnya untuk siasatan Bank Negara.

“Tidak cukup dengan itu, mangsa diminta membuat bayaran tambahan namun tidak mengendahkan kerana menyedari dia ditipu,” katanya dalam kenyataan.

Susulan itu mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Wanita lesap RM300,000 kena tipu lelaki menyamar polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker