Tular: Lelaki pakai pelitup muka pecah cermin kereta, larikan beg berisi RM100,000

Tular: Lelaki pakai pelitup muka pecah cermin kereta, larikan beg berisi RM100,000

Tular: Lelaki pakai pelitup muka pecah cermin kereta, larikan beg berisi RM100,000
Tangkap layar video tular menunjukkan suspek ketika memecahkan cermin kereta mangsa.

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki rugi RM100,000 apabila beg berisi wang tunai dilarikan individu tidak dikenali selepas cermin tingkap keretanya dipecahkan di Taman Perling, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, mengesahkan kejadian itu selepas menerima laporan daripada mangsa, 34, kira-kira jam 1.34 tengah hari.

“Polis Daerah Johor Bahru Utara mengesan satu video dimuat naik di Facebook memaparkan beberapa individu memecahkan cermin kereta dan membawa lari sejumlah wang tunai.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku hari sama lebih kurang jam 10.11 pagi ketika mangsa meletakkan kenderaan dalam keadaan berkunci baik di kawasan Taman Perling, di sini.

“Namun semasa mahu menggunakan semula keretanya, mangsa mendapati cermin hadapan bahagian pemandu dipecahkan suspek tidak dikenali,” katanya melalui kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Balveer Singh berkata, pengadu memaklumkan barang yang dilaporkan hilang ialah beg berisi sejumlah wang tunai dengan anggaran kerugian RM100,000.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan beberapa lelaki memakai pelitup muka mengelilingi sebuah kereta sebelum seorang daripada mereka mengetuk cermin pada bahagian pemandu beberapa kali sehingga pecah dan melarikan sebuah beg.

Kejadian berlaku selepas mangsa mengeluarkan wang RM100,000 dari sebuah bank di Johor Jaya.

Tular: Lelaki pakai pelitup muka pecah cermin kereta, larikan beg berisi RM100,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker