Tekanan kian hebat, Amorim tetap tenang biarpun tewas di Brentford

Tekanan kian hebat, Amorim tetap tenang biarpun tewas di Brentford

Tekanan kian hebat, Amorim tetap tenang biarpun tewas di Brentford
RIAK Amorim yang kecewa selepas United dikecewakan Brentford. -FOTO Reuters

Manchester: Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim menegaskan beliau tidak bimbang mengenai kedudukannya meskipun sekali lagi berdepan persoalan selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Brentford, semalam.

Kemenangan ke atas Chelsea tujuh hari lalu yang membangkitkan sedikit keyakinan namun hilang sekelip mata selepas kekalahan itu yang menyaksikan United terus kekal di kelompok bawah Liga Perdana (EPL).

United hanya mengutip 34 mata daripada 33 perlawanan liga sejak Amorim mengambil alih, dan masih gagal mencatat dua kemenangan berturut-turut.

Harapan untuk melihat peningkatan selepas menamatkan saingan musim lalu di tangga ke-15 masih belum menjadi kenyataan, dan Amorim sekali lagi ditanya mengenai masa depannya.

“Itu bukan keputusan saya. Saya hanya akan lakukan yang terbaik selagi saya di sini,” katanya.

Pihak pengurusan United berulang kali menegaskan sokongan terhadap bekas jurulatih Sporting itu, namun kekalahan seperti ini membuatkan keyakinan mereka terus dipersoalkan, terutama apabila tiada aksi pertengahan minggu yang boleh mengalih perhatian.

Bekas pemain tengah Wales, Ashley Williams, bekata: “Saya tidak mahu kata mereka patut tukar pengurus, tetapi berapa lama lagi ia boleh berterusan? Nampaknya setiap minggu kita bercakap soal yang sama.

“Saya suka jurulatih yang ada gaya dan kekal dengannya. Tapi itu tidak menjadi. Anda perlu menyesuaikan diri. Saya tak nampak ke mana arah United akan pergi jika mereka tidak tukar pengurus.”

Manakala bekas penyerang England, Alan Shearer, pula berkata bahawa, Amorim kini berada dalam tekanan yang amat besar.

“Saya fikir pengurusan kelab sudah buat banyak kesilapan sejak mengambil alih, mereka tidak mahu dilihat buat satu lagi kesilapan dengan melantik jurulatih ini. Saya rasa dia sangat bernasib baik.”

Sementara bekas pertahanan Arsenal, Martin Keown menambah berkata, bahawa United kini tidak tidak cukup bagus berdasarkan rekodnya yang ada apabila hanya 1 peratus lebih baik daripada Graham Potter yang sudah dipecat.

“Kalau ini berlaku 12 bulan selepas Ferguson, dia sudah lama dipecat.”

Tekanan kian hebat, Amorim tetap tenang biarpun tewas di Brentford

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker