Perahu karam di Sungai Krian, seorang lemas, tiga masih hilang

Perahu karam di Sungai Krian, seorang lemas, tiga masih hilang

Perahu karam di Sungai Krian, seorang lemas, tiga masih hilang
Seorang daripada empat pekerja binaan yang hilang dalam tragedi perahu karam di Sungai Krian, Saratok ditemukan lemas, hari ini. – Foto ihsan bomba

KUCHING: Seorang daripada empat pekerja pembinaan yang dilaporkan hilang selepas perahu yang mereka naiki karam di Sungai Krian, Saratok dalam Bahagian Betong Senalam, ditemukan lemas hari ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mathew Manggie, berkata mayat mangsa yang disahkan sebagai Mohamad Asfar Sulaiman, 24, ditemui terapung oleh orang awam pada jam 9.37 pagi,

Beliau berkata mayat mangsa yang juga pengendali enjin perahu itu ditemui kira-kira 50 meter dari pos kawalan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Ahli keluarganya mengesahkan identiti mangsa dan mayat kemudian dibawa ke unit forensik Hospital Saratok untuk bedah siasat,” katanya.

Mathew berkata, tragedi itu berlaku kira-kira jam 6.22 petang 26 September alu apabila sebuah perahu yang membawa 10 pekerja pembinaan Jambatan Sungai Krian tiba-tiba karam di tengah sungai pada jarak kira-kira 150 meter dari jeti pengkalan feri Kaba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Beliau berkata enam pekerja berjaya menyelamatkan diri, manakala empat dilaporkan hilang.

Berikutan penemuan mayat seorang mangsa hari ini, SAR kini tertumpu untuk mengesan tiga lagi mangsa masih hilang iaitu kesemuanya warga Indonesia.

Operasi SAR membabitkan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk setempat.

Perahu karam di Sungai Krian, seorang lemas, tiga masih hilang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker