Pegawai Kastam disangka penyamun
Pegawai Kastam disangka penyamun

MELAKA: Penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang sedang melakukan operasi khas disangkakan penjenayah samun.
Itu yang berlaku apabila seorang lelaki membuat laporan polis selepas mendakwa cuba `dirompak’ sekumpulan individu di Pokok Mangga, di sini. Malah insiden itu turut tular di media sosial hingga mencetuskan salah faham dan kegusaran ramai.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pihaknya mengesan video berdurasi satu minit 37 saat tular di Facebook yang dimuat naik pemilik akaun atas nama ‘Tuan Pang’ berkenaan satu kejadian cubaan samun.
Menurutnya, siasatan mendapati terdapat satu laporan polis dibuat oleh seorang peniaga berusia 28 tahun berhubung kejadian itu, mendakwa dihampiri tiga lelaki tidak dikenali ketika dia memandu Perodua Myvi menuju ke Taman Limbongan Permai melalui lorong Pokok Mangga 4 di sini, pada jam 12.45 tengah malam 19 September lalu.
“Kumpulan lelaki itu didakwa mengejar kenderaannya sambil cuba membuka pintu. Terkejut dengan kejadian itu, pengadu terus memecut kereta sebelum membuat laporan pada hari sama,” katanya semalam.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati JKDM turut membuat laporan polis jam 3.29 pagi hari sama berkaitan operasi penguatkuasaan di sebuah premis di Lorong Pokok Mangga 4.
Katanya, dalam serbuan itu JKDM menahan tiga warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan kes disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), Seksyen 50 Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63.
“Saya sahkan tiada sebarang unsur jenayah cubaan samun berlaku dan tiga individu berpakaian hitam itu adalah anggota JKDM yang sedang menjalankan operasi. Pengadu secara kebetulan memasuki kawasan operasi menyebabkan dia dikejar pasukan operasi kerana disyaki terbabit dalam aktiviti berkaitan siasatan,” katanya.
Menurut Christopher, kedua-dua pihak hadir ke Balai Polis Ayer Keroh dan bersetuju bahawa kejadian itu adalah satu salah faham dan kes dianggap selesai.
Pegawai Kastam disangka penyamun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.