Murid Tahun Tiga lemas terjatuh lubang pembetungan dalam sekolah

Murid Tahun Tiga lemas terjatuh lubang pembetungan dalam sekolah

Murid Tahun Empat lemas selepas terjatuh ke lubang pembetungan dalam kawasan sebuah sekolah di Lenggeng. Difahamkan, lubang berkenaan hanya ditutupi papan nipis menyebabkan kanak-kanak 10 tahun terjatuh dan lemas.

NILAI: Murid Tahun Tiga lemas selepas terjatuh ke lubang pembetungan dalam kawasan sebuah sekolah di Lenggeng, di sini pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 10 pagi, lubang berkenaan hanya ditutupi papan nipis menyebabkan kanak-kanak 10 tahun terjatuh dan lemas.

Ketua Kampung Lenggeng, Azran Afziz Yazid, berkata murid lain menyedari kejadian itu sebelum memaklumkan kejadian itu kepada guru.

“Hari ini ada hari sukan sekolah. Ada murid lain beritahu guru yang rakan mereka jatuh lubang pembetungan.

“Guru dan beberapa orang lagi mengeluarkan budak itu yang tidak sedarkan diri. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban dan pihak perubatan mengesahkan murid itu sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin dilihat turut sama menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dari lubang pembetungan.

Mohd Asna berkata, dia berada di sekolah berkenaan untuk merasmikan majlis hari sukan dan sedang berjalan ke sebuah blok baharu untuk melihat keadaan bangunan.

“Ketika berjalan, ada pegawai berlari ke arah saya dan maklumkan seorang murid terjatuh ke lubang pembetungan.

“Pada mulanya saya tidak percaya namun ada seorang lelaki turun ke lubang gunakan tangga sebelum topi dan kasut timbul ke permukaan lalu dia terus menyelam ke dasar.

“Ia sedalam kira-kira enam kaki (dua meter). Lelaki itu dikatakan tersentuh badan mangsa dan membawanya naik,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Beliau berkata, dia mahu pihak bertanggungjawab melakukan siasatan mengenai lubang berkenaan yang didakwa hanya ditutup menggunakan papan nipis.

Murid Tahun Tiga lemas terjatuh lubang pembetungan dalam sekolah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker