Maresca berang pemain ‘beri hadiah percuma’

Maresca berang pemain ‘beri hadiah percuma’

Maresca berang pemain 'beri hadiah percuma'
REAKSI pemain Chelsea, Pedro Neto, Enzo Fernandez dan Reece James selepas Trevoh Chalobah di buang padang. -FOTO Reuters

London: Enzo Maresca memberi amaran kepada Chelsea supaya berhenti “memberi hadiah percuma” selepas layangan kad merah sekali lagi menjadi punca kekalahan mengejut 1-3 kepada Brighton di Stamford Bridge, semalam.

Skuad kendaliannya mendahului menerusi tandukan Enzo Fernandez pada minit ke-24, namun pemain pertahanan Blues, Trevoh Chalobah, diarahkan keluar padang pada minit ke-53 selepas melakukan terjahan keras ke atas Diego Gomez sekali gus menafikan peluang gol.

Kad merah itu meletakkan Chelsea dalam kedudukan sukar sebelum mereka runtuh di penghujung perlawanan apabila Brighton meledak tiga gol.

Danny Welbeck menyamakan kedudukan pada minit ke-77 sebelum tandukan Maxim De Cuyper pada masa kecederaan meletakkan Brighton di depan.

Pemain gantian itu dibiarkan bebas untuk menanduk masuk bola selepas Mats Wieffer menolak hantaran silang Yasin Ayari kembali ke tengah kawasan penalti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Welbeck menambah derita tuan rumah dengan gol ketiga pada detik terakhir permainan sekali gus menyaksikan Chelsea tewas dua kali berturut-turut dalam saingan Liga Perdana (EPL).

Minggu lalu, penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez, turut dilayangkan kad merah seawal minit keempat ketika tewas 1-2 kepada Manchester United.

Untuk kali kedua dalam tempoh tujuh hari, Maresca buntu mencari jawapan terhadap tabiat Chelsea yang kerap memberi ruang mudah kepada lawan akibat kelemahan disiplin dan pertahanan longgar.

“Pesanan saya (dalam bilik persalinan) jelas. Menentang mana-mana pasukan dalam EPL, anda tidak boleh terus memberi hadiah percuma.

“Kami memberikan hadiah percuma. Kad merah itu kesilapan besar kerana ia mengubah keseluruhan perlawanan,” kata Maresca.

Maresca berang pemain ‘beri hadiah percuma’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker