Kemenangan di Europa, jadi tonik kebangkitan buat Villa

Kemenangan di Europa, jadi tonik kebangkitan buat Villa

Kemenangan di Europa, jadi tonik kebangkitan buat Villa
Villa buru kemenangan sulung EPL

Birmingham: Aston Villa bersemangat untuk memburu kemenangan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila kembali beraksi di gelanggang keramat mereka, Villa Park, menentang Fulham.

Di bawah kendalian Unai Emery, prestasi Villa setakat ini masih belum meyakinkan apabila gagal meraih sebarang kemenangan dalam lima perlawanan awal liga.

Malah, aksi terbaharu mereka menyaksikan hanya mampu seri 1-1 dengan Sunderland meskipun mendahului dan berdepan lawan yang beraksi dengan 10 pemain.

Lebih memburukkan keadaan, suasana dalam kem Villa turut bergolak selepas Emery secara terbuka mengkritik barisan pemainnya dengan melabelkan mereka sebagai “malas” ekoran kegagalan menundukkan Sunderland.

Situasi bertambah rumit apabila pengarah sukan, Monchi, memilih untuk meninggalkan kelab minggu ini, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kestabilan pasukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Namun begitu, kemenangan tipis 1-0 ke atas Bologna dalam aksi Liga Europa baru-baru ini sekurang-kurangnya memberikan sedikit tonik buat skuad The Villans untuk kembali percaya dengan kemampuan mereka.

Emery berharap kejayaan di pentas Eropah itu mampu diterjemahkan di EPL, apatah lagi dengan sokongan penyokong sendiri di Villa Park.

Fulham pula hadir dengan momentum lebih baik selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut, termasuk menundukkan Brentford 3-1, yang sudah tentu memberi tekanan tambahan kepada Villa untuk bangkit segera.

Kini, terpulang kepada Emery sama ada mampu menyalakan kebangkitan atau terus terperangkap dalam rentak hambar yang menghantui permulaan musim mereka.

Kemenangan di Europa, jadi tonik kebangkitan buat Villa

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker