Janna Nick Berdoa Kediaman Baharu Di London Jadi Saksi Untuk Peroleh Zuriat
Janna Nick Berdoa Kediaman Baharu Di London Jadi Saksi Untuk Peroleh Zuriat
Selepas akhirnya berjaya menemukan sebuah kediaman yang dirasakan cukup sempurna sebagai rumah baharu mereka di London, pelakon popular Janna Nick meluahkan doa dan harapan agar dikurniakan cahaya mata bersama suaminya, pelakon Dini Schatzmann. Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, berkongsi bahawa rumah yang disewa dengan kadar RM22,690 sebulan itu diharap menjadi saksi rezeki baharu dalam rumah tangga mereka yang kini memasuki fasa lebih matang.
“Semoga dekat persekitaran dan rumah yang baru, kami berjaya dapatkan baby (anak),” tulisnya dalam hantaran di Instagram yang memperlihatkan dirinya dan Dini sibuk berpindah masuk selepas dua minggu tinggal di apartment penginapan sementara.
Perkongsian itu mendapat perhatian luas daripada peminat yang tidak putus-putus menitipkan doa agar pasangan tersebut segera menimang cahaya mata. Ada yang mendoakan agar penghijrahan mereka ke luar negara membuka pintu rezeki lebih besar, malah ramai yang berharap Janna kembali ke Malaysia dengan gelaran ibu. “Semoga dengan persekitaran yang baru, Allah tiupkan satu roh kecil dalam rahim Janna nanti,” komen seorang peminat. “Biasa orang berhijrah ini Allah bagi rezeki luar biasa. Semoga termakbul doa Janna dan Dini,” tambah yang lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Difahamkan, pemilik rumah produksi Janna Nick Studios itu memilih untuk menetap sementara di luar negara bagi menyambung pengajian bersama suami tercinta. Keputusan ini juga selari dengan fokus mereka yang kini lebih mengutamakan usaha mendapatkan zuriat selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Janna pernah mengurangkan aktiviti seninya demi memberi perhatian penuh terhadap perjalanan menjadi seorang ibu. Malah, dia pernah menangis teresak-esak memohon orang ramai agar tidak lagi bertanyakan soal anak apabila mendedahkan sudah setahun menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF), namun masih belum berhasil.
Untuk rekod, pasangan selebriti ini disatukan pada 10 Jun 2023 dalam sebuah majlis tertutup penuh indah di Langkawi. Kini, doa mereka dan juga peminat sama-sama bergantung harap agar kediaman baharu di bumi London itu menjadi saksi kepada rezeki paling dinanti dalam hidup mereka.
Janna Nick Berdoa Kediaman Baharu Di London Jadi Saksi Untuk Peroleh Zuriat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.