Jambatan tertinggi dunia dibuka esok

Jambatan tertinggi dunia dibuka esok

Jambatan tertinggi dunia dibuka esok
GAMBAR fail Jambatan Grand Canyon Huajiang, China. – Foto Glabb

BEIJING – China akan membuka Jambatan Grand Canyon Huajiang yang tertinggi di dunia esok, lapor portal berita VnExpress semalam.

Jambatan itu setinggi 625 meter bersamaan dengan ketinggian dua Menara Eiffel di Paris, Perancis.

Menurut portal berita Global Times, Jambatan yang menelan kos berbilion-bilion dolar merentasi Sungai Beipan di wilayah Guizhou itu sepanjang 2,890 meter.

Jambatan itu akan memendekkan masa perjalanan daripada dua jam kepada hanya dua minit, lapor Global Times.

Menurut akhbar Washington Post, jambatan itu bukan sahaja tertinggi, tetapi juga memiliki rentang terbesar iaitu bahagian tanpa struktur tiang yang pernah dibina di kawasan pergunungan.

Kerja pembinaan bermula pada awal 2022.

Kumpulan jurutera terpaksa berdepan dengan tebing curam, angin kencang dan ketinggian yang menggerunkan.

Pada bulan lalu, jambatan itu lulus ujian paling sukar, lapor agensi berita Xinhua.

Sebanyak 96 lori dengan jumlah berat 3,300 tan melintasi jambatan itu dalam ujian beban statik dan dinamik. – AGENSI

Jambatan tertinggi dunia dibuka esok

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker