Eropah tenang hadapi ejekan, cipta rekod pendahuluan

Eropah tenang hadapi ejekan, cipta rekod pendahuluan

Eropah tenang hadapi ejekan, cipta rekod pendahuluan
MCILROY dan pasukan Eropah meraikan kejayaan mereka mendahului saingan Piala Ryder. -FOTO AFP

Farmingdale, Amerika Syarikat: Kapten Eropah, Luke Donald, menyifatkan “mentaliti kental” sebagai kunci bagaimana pasukannya mampu menangkis ejekan lantang penyokong New York dan seterusnya mencipta rekod pendahuluan di Piala Ryder.

Walaupun berdepan kata-kata kesat dan jeritan mengganggu ketika pemain cuba melakukan pukulan, Eropah tetap menguasai saingan dengan mendahului 11.5-4.5 ke atas Amerika Syarikat, semalam kelebihan terbesar menjelang aksi individu pada hari Ahad dalam format semasa kejohanan itu.

“Saya tidak sangka kami akan mendahului sebesar ini.

“Banyak perkara berjalan baik buat kami, tetapi saya sangat gembira dengan kekuatan pasukan, keupayaan mereka, semangat tinggi ia benar-benar satu mentaliti anti-rapuh,” kata Donald.

Eropah menang 3-1 dalam sesi empat sepasukan dan ‘four-ball’ pada Sabtu biarpun ejekan semakin kasar menjelang penghujung saingan, sehingga pihak polis mengiringi Rory McIlroy dan Shane Lowry dalam kemenangan four-ball 2-up ke atas Justin Thomas dan Cam Young di Bethpage Black.

“Keadaan menjadi lebih sukar di luar sana dan ia semakin membakar semangat mereka.

“Mereka mampu bermain lebih baik dalam situasi sukar. Itu yang paling membanggakan saya sebagai kapten, keupayaan mereka menerima tekanan dan bangkit lebih kuat,” kata Donald.

McIlroy sendiri membuat isyarat lucah kepada penonton pada Jumaat, selain memaki penyokong agar “diam” pada Sabtu selepas beberapa kali terpaksa berundur ketika membuat pukulan putt.

“Kadang-kadang sorakan dan ejekan penyokong boleh menjadi motivasi kepada sesetengah pemain, dan saya rasa Rory serta Shane seakan menikmati suasana mencabar itu.

“Kami sudah bincangkan perkara itu sejak awal persiapan. Setiap pemain ada cara tersendiri untuk menghadapinya.

“Penyokong ada tenaganya dan anda boleh guna dengan apa sahaja cara. Ia bergantung bagaimana anda menghadapinya. Ada rangsangan, ada tindak balas, dan di antaranya adalah bagaimana anda pilih untuk menghadapinya. Sesetengah pemain jadikannya motivasi,” ujar Donald.

Eropah tenang hadapi ejekan, cipta rekod pendahuluan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker