Dua beranak maut motosikal langgar tiang elektrik di Pantai Remis
Dua beranak maut motosikal langgar tiang elektrik di Pantai Remis
IPOH: Seorang wanita dan anak lelakinya maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang elektrik di Jalan Huntly, Kampung Sungai Batu, dekat Pantai Remis tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman, berkata dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah malam itu, mangsa yang berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
“Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah pekan Pantai Remis menuju ke Kampung Sungai Batu apabila motosikal jenis Honda Vario yang ditunggang (wanita itu) hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Anak lelaki mangsa yang berusia 10 tahun turut mengalami kecederaan dan dikejarkan ke klinik berhampiran namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Nur Syafiqah Baharudin dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6899072. – BERNAMA
Dua beranak maut motosikal langgar tiang elektrik di Pantai Remis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.