Counter setting: Emas, kenderaan mewah, wang tunai dan akaun bank disita lebih RM9 juta

Counter setting: Emas, kenderaan mewah, wang tunai dan akaun bank disita lebih RM9 juta

Counter setting: Emas, kenderaan mewah, wang tunai dan akaun bank disita lebih RM9 juta
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Lebih RM9 juta nilai aset disita susulan Op Rentas dan Op Setting yang turut menyaksikan penahanan pegawai penguat kuasa susulan kegiatan sindiket ‘counter setting’ di pintu masuk negara.

Selain 617 unit emas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menyita dan membeku kenderaan mewah, wang tunai serta akaun bank yang dikaitkan dnegan kegiatan itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini 617 unit emas merangkumi jongkong emas dan pelbagai barang kemas termasuk cincin, gelang tangan, rantai leher, rantai kaki, subang dan loket disita.

Menurutnya, jumlah keseluruhan berat emas disita dianggarkan 3.35 kilogram (kg) dengan nilai mencecah RM2.26 juta.

“Tindakan pembekuan turut diambil terhadap 126 akaun bank terdiri 82 akaun individu dan 20 akaun syarikat yang bernilai hampir RM4.4 juta,” katanya sambil memaklumkan sitaan wang tunai pula hampir RM800,000.

Ops Rentas bermula 9 September lalu bertumpu kepada sindiket counter setting di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , diikuti Ops Setting yang bermula 23 September lalu membabitkan pintu masuk laut di sekitar negeri Melaka dan Johor.

Operasi dijalankan ini membabitkan Bahagian Perisikan SPRM Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka dan Johor.

Azam berkata, setakat hari ini 30 pegawai penguat kuasa ditahan susulan kegiatan itu membabitkan 20 dari Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan 10 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

“Mereka pertama kali ditahan dan tidak ada kes tangkapan berulang. Semua yang ditahan dilepaskan dengan jaminan kecuali seorang lagi yang akan dilepaskan hari ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Sebelum ini media melaporkan sikap gelap mata dengan tawaran sindiket counter setting yang mampu mencecah RM50,000 sebulan, menyebabkan segelintir pegawai penguat kuasa sanggup menggadaikan keselamatan negara dengan melepaskan warga asing masuk ke Malaysia tanpa mengikut prosedur.

Azam dilaporkan berkata, pegawai AKPS dan JIM itu menerima bayaran rasuah antara RM1,800 hingga RM2,500 untuk setiap warga asing yang berjaya masuk ke Malaysia.

Menurutnya, bayaran wang rasuah itu dibuat secara tunai dan menggunakan akaun keldai dengan secara purata pegawai yang terbabit menerima wang rasuah antara RM10,000 sehingga RM50,000 sebulan bergantung kepada warga asing yang dilepaskan.

Counter setting: Emas, kenderaan mewah, wang tunai dan akaun bank disita lebih RM9 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker