Bayi setahun maut, lapan cedera dalam nahas 4 kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
Bayi setahun maut, lapan cedera dalam nahas 4 kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang

KAJANG: Bayi lelaki berusia setahun maut manakala lapan individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian berkenaan jam 11 pagi tadi.
“Empat kenderaan terbabit ialah sebuah pikap, kereta, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan lori.
“Bayi itu didapati tersepit di bawah pikap berkenaan dan mangsa dapat dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi,” katanya kepada media hari ini.

Seorang lelaki turut tersepit di bawah kenderaan sama namun dapat diselamatkan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Seramai tujuh lagi mangsa turut cedera dan mereka juga dibawa ke hospital berhampiran,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian berkenaan dalam masa terdekat.
“Pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan keterangan daripada mangsa-mangsa yang terlibat dan saksi di lokasi kejadian.
“Kita masih meneliti punca bagaimana kejadian ini berlaku,” katanya kepada BH sebentar tadi.
Bayi setahun maut, lapan cedera dalam nahas 4 kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.