Arsenal mahu akhiri sumpahan Newcastle malam ini

Arsenal mahu akhiri sumpahan Newcastle malam ini

Arsenal mahu akhiri sumpahan Newcastle malam ini
PELUANG Arsenal tamatkan badi di St James Park

Dalam banyak-banyak pasukan di Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United adalah kelab yang menjadi badi Arsenal sejak kebelakangan ini terutama di laman lawan.

Buktinya, skuad kendalian Mikel Arteta itu tewas dalam tiga kunjungan terakhir mereka ke utara England.

Kali terakhir Arsenal menang di St James Park adalah pada 2023 dengan keputusan 2-0, tetapi sejak itu perlawanan berkenaan lebih dikuasai tuan rumah apabila setiap aksi berakhir dengan kemenangan Newcastle.

Malah, musim lalu Newcastle menewaskan Arsenal dua kali di St James Park, sekali dalam EPL dan sekali lagi di separuh akhir Piala Liga.

Tapi itu cerita lama yang sudah berada dalam lipatan sejarah. Jam 11.30 malam ini bertempat di stadium sama, Martin Odegaard dan rakan sepasukan boleh membuka buku baharu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Newcastle tampak tidak sekuat musiim lalu terutama selepas kehilangan penyerang prolifiknya, Alexander Isak yang dibeli Liverpool dengan rekod perpindahan British.

Daripada lima perlawanan, anak buah Eddie Howe hanya mampu menang sekali, seri tiga dan kalah sekali untuk berada dalam kelompok bawah liga.

The Magpies hanya mampu meledak tiga gol dan bolos tiga dalam tempoh itu sekali gus membuktikan impak Isak cukup besar buat pasukan itu.

Arsenal.pula berada pada tahap keyakinan terbaik selepas seri dengan Manchester City 1-1 selain menewaskan Port Vale 2-0 dengan skuad kedua dalam aksi terakhir.

Lebih menarik, keyakinan skuad The Gunners juga pasti meningkat delepas kekalahan 1-2 pendahulu liga Liverpool di tangan Crystal Palace malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?


Apatah lagi kemenangan Palace itu dibantu jaringan di masa kecederaan oleh bekas penyerang Arsenal, Eddie Nketiah.

Terima kasih Nketiah. Tiga mata wajib diperoleh Arsenal untuk mendekatkan jurang dua mata dengan Liverpool selain memintas semula Palace, Bournemouth, dan City selepas aksi malam tadi.

Arsenal mahu akhiri sumpahan Newcastle malam ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker