Warga emas hilang di Teluk Batik ditemukan lemas di Pulau Pangkor
Warga emas hilang di Teluk Batik ditemukan lemas di Pulau Pangkor
IPOH: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang selepas mandi di Pantai Teluk Batik hari ini ditemukan lemas di perairan Pulau Pangkor, petang tadi.
Mangsa, V Thanabalan, 60, dijumpai oleh orang awam dalam keadaan terapung kira-kira pukul 5.15 petang berhampiran dengan Masjid Al-Badr Seribu Selawat, Pulau Pangkor, iaitu kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata operasi pencarian menggunakan bot daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Manjung, BBP Pulau Pangkor, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Pada 5.15 petang, pasukan menerima maklumat daripada orang awam mengenai objek terapung berhampiran Masjid Al-Badr, sebelum pasukan mengesahkan ia merupakan mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Terdahulu, keluarga mangsa memaklumkan mangsa hilang selepas masuk ke dalam air pagi tadi dan maklumat awal mendapati mereka sekeluarga sedang bercuti di kawasan pantai berkenaan serta melakukan upacara sembahyang sebelum kejadian berlaku. – BERNAMA
Warga emas hilang di Teluk Batik ditemukan lemas di Pulau Pangkor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.