Suami belasah isteri di kantin

Suami belasah isteri di kantin

Suami belasah isteri di kantin
GAMBAR fail kampus SUTD. – Foto SUTD

SINGAPURA – Seorang lelaki mengamuk ketika bersarapan di sebuah kantin universiti di Changi, Singapura dengan memukul dan membaling barang pada isterinya, lapor portal berita MSNews hari ini.

Pergaduhan itu menyebabkan mangsa mengalami pelbagai keretakan tulang.

Au Yong Khin Mun, 39, mengaku bersalah kelmarin di sebuah mahkamah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dan akan dihukum pada 6 November depan.

Bapa kepada tiga orang anak itu sedang melalui proses perceraian dengan isterinya yang berusia 38 tahun.

Pada pagi 2 Dis 2024, pasangan tersebut menghantar anak kembar perempuan mereka yang berumur empat tahun ke sebuah taska berdekatan sebelum menuju ke kantin Universiti Teknologi dan Rekabentuk Singapura (SUTD) untuk bersarapan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Semasa makan, Au Yong memberitahu isterinya bahawa dia mahu menggunakan hasil daripada jualan kondominium mereka untuk menyelesaikan hutang kad kredit.

Namun, isterinya tidak bersetuju dengan mengatakan wang itu sepatutnya digunakan untuk membeli sebuah flat Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) supaya mereka tidak perlu tinggal bersama ibu bapanya.

Berang mendengar jawapan tersebut, Au dua kali cuba menampar isterinya di seberang meja tetapi tidak berjaya.

Dia kemudian bergerak ke sisi Au dan menumbuk kepalanya lima kali dengan tangan kiri, diikuti empat kali pukulan di bahagian belakang.

Apabila isterinya cuba beredar, dia mengambil secawan kopi ais dan sepinggan makanan sebelum menghentakkannya pada kepala wanita itu.

Dia kemudian terus memukul Au dua kali lagi, menendang belakangnya dengan lutut, menarik lengan wanita tersebut dari belakang dan menghumbannya ke lantai, menyebabkan mangsa terpaksa dirawat di hospital. – AGENSI

Suami belasah isteri di kantin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

 

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker