Landis tekad kekal konsisten
Landis tekad kekal konsisten

Kuala Terengganu: Sebelum ini pertahanan import baharu Terengganu FC (TFC), Diego Landis kerap menjadi sasaran kecaman peminatnya selepas aksi hambar diperagakan dalam empat perlawanan terdahulu.
Bagaimanapun, pada dua aksi terakhir ketika berdepan Imigresen FC dalam saingan Piala FA dan terbaharu menentang Melaka FC minggu lalu, pemain berusia 27 tahun itu beraksi cemerlang bersama rakan seposisinya.
Berikutan itu, pemain kelahiran Brazil itu bagaikan dijulang peminat selepas TFC menang 3-0 menumpaskan Imigresen FC dan 4-0 menewaskan Melaka FC.
Namun pemain berketinggian 1.95 meter itu akui belum berpuas hati sepenuhnya dengan corak permainan, sebaliknya tekad mahu gandakan usaha dalam setiap perlawanan.
“Perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC sangat penting untuk kami, ia perlawanan yang besar dan saya jangkan aksi sukar lebih-lebih lagi bermain di tempat lawan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Tetapi kami pergi ke sana ada misi iaitu untuk memburu tiga mata bagi merampas kembali kedudukan kedua liga, ini yang penting untuk kami.
“Pada masa sama secara peribadi saya mahu terus kekal beraksi dengan baik dan konsisten selepas sebelum ini agak bergelut pada awal musim bagi memastikan pintu gol tidak dibolosi pihak lawan sebagaimana pada dua aksi terakhir.
“Sokongan padu daripada rakan sepasukan dan juga peminat setia mampu meningkatkan lagi prestasi mana-mana pemain, harap kami pulang dari Kuala Lumpur dengan tiga mata,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukannya di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, petang semalam.
Ketika ditanya mengenai perlawanan pada sebelah petang, Landis sambil tersenyum menjelaskan ia perkara biasa kerana latihan pasukannya juga pada waktu petang.
Landis tekad kekal konsisten
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.