Dres mewah diperbuat daripada emas

Dres mewah diperbuat daripada emas

Dres mewah diperbuat daripada emas
Dubai Dress itu dipamerkan di Pusat Ekspo Sharjah, UAE. – Bizprenuer

DUBAI – Sebuah syarikat barang kemas di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memecahkan Guinness World Records selepas menghasilkan set pakaian diperbuat daripada emas 21 karat, lapor portal berita Gulf News.

Syarikat Emas dan Barang Kemas Al Romaizan mencatatkan rekod dunia tersebut di Pusat Ekspo Sharjah.

Dikenali sebagai ‘Dubai Dress’, berat pakaian itu mencecah 10.08 kilogram dan bernilai kira-kira 4.6 juta dirham (RM5.2 juta).

Ia dilengkapi mahkota emas seberat 398 gram (g), seutas rantai seberat 8,810.6g, anting-anting seberat 134.1 gram dan sehelai ‘hiyar’ seberat 738.5g.

Timbalan Pengurus Serantau, Mohsen Al Dhaibani berkata: “Hasil kerja keras ini mencerminkan cita-cita UAE untuk mencapai kepimpinan global dan menonjolkan kedudukan Dubai sebagai destinasi utama bagi penggemar emas dan barang kemas.

“Rekod ini bukan sekadar pencapaian tetapi mesej kepada dunia bahawa UAE mampu menggabungkan ketulenan dengan inovasi dan mengukuhkan kehadirannya di barisan hadapan industri emas dan barang kemas,” kata Al Dhaibani. – AGENSI

Dres mewah diperbuat daripada emas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker