Arteta puji impak Saliba
Arteta puji impak Saliba

London: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji tahap konsistensi dan kematangan William Saliba ketika dilaporkan pertahanan Perancis itu semakin hampir untuk melanjutkan kontraknya di Emirates.
Saliba yang kontraknya sekarang tamat pada 2027, dijangka menandatangani kontrak baharu lima tahun bersama The Gunners walaupun menerima minat daripada Real Madrid.
“Harapnya semua orang di dunia, termasuk Arsenal akan melaporkannya dengan segera dan itulah yang saya harapkan,” kata Arteta menjelang perlawanan menentang Newcastle, Ahad ini.
Saliba menyertai Gunners pada 2019 tetapi dipinjamkan ke beberapa kelab sebelum menjadi pemain tetap dalam pasukan kendalian Arteta sepanjang musim 2022/23.
Sejak itu, pemain antarabangsa Perancis berusia 24 tahun itu menjadi tunjang utama dalam pasukan Arsenal yang menamatkan musim di tempat kedua dalam Liga Perdana Inggeris selama tiga musim berturut-turut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Bersama Gabriel Magalhaes, Saliba membentuk gandingan pertahanan tengah yang dianggap antara terbaik di bola sepak Eropah, ketika Arsenal kembali menjadi pencabar kejuaraan utama.
“Dia sangat penting dalam segala yang kami capai dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Arteta.
“Adalah sesuatu yang hebat untuk melihat ramai pemain bersemangat dan bertekad untuk datang ke kelab ini. Ini menunjukkan mereka gembira, mereka rasa dihargai dan melihat ini sebagai peluang terbaik untuk meneruskan kerjaya mereka dan memenuhi cita-cita kelab.
“Ia sangat mengagumkan apa yang dia capai pada usianya kerana kadang-kadang kita cenderung untuk terlupa. Tetapi konsistensinya, cara dia berkembang, saya rasa cara dia matang sebagai individu dan peranannya dalam pasukan juga semakin besar tahun demi tahun. Dia sangat penting untuk itu.”
Jika Arsenal mahu menamatkan rentetan sebagai “hampir juara” dalam perebutan gelaran, mereka tidak boleh lagi kehilangan mata di St James’ Park hujung minggu ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Skuad Arteta kini sudah ketinggalan lima mata di belakang juara bertahan, Liverpool, hanya selepas lima perlawanan musim ini.
Arsenal tewas dalam tiga kunjungan terakhir mereka ke Newcastle dan Arteta sedar mereka perlu mengubah rekod buruk itu.
Arteta mungkin akan dapat menurunkan kapten, Martin Odegaard, selepas pulih daripada masalah bahu, tetapi pemain baharu, Noni Madueke, mungkin akan terpaksa berehat sehingga dua bulan selepas mengalami kecederaan lutut.
Arteta puji impak Saliba
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.