Aksi sebelah petang bukan masalah buat TFC

Aksi sebelah petang bukan masalah buat TFC

Aksi sebelah petang bukan masalah buat TFC
BADRUL memberi arahan kepada pemain ketika sesi latihan TFC. FOTO TFC

Kuala Nerus: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Badrul Afzan Razali tidak mahu pemain menjadikan aksi pada waktu petang sebagai alasan tidak mendapat tiga mata pada perlawanan Liga Super menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras petang esok.

Pengendali berusia 49 tahun itu berkata pemain perlu kekal fokus dan tidak hilang tumpuan apabila beraksi di gelanggang lawan, sekali gus meneruskan momentum kemenangan yang dilakar dalam tiga perlawanan sebelum ini.

“Saya tidak fikir ada masalah (bermain sebelah petang) kerana kami sudah biasa menjalani latihan pada waktu yang sama dalam keadaan cuaca agak panas.

“Keputusan bergantung kepada pemain sendiri. Mereka perlu bijak mengawal permainan dan merencanakan corak permainan bermutu untuk membawa pulang kemenangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Badrul Afzan yang juga bekas pemain tengah Terengganu berkata beliau tidak merancang untuk membuat rombakan pemain dan berkemungkinan besar akan mengekalkan skuad sama yang diturunkan ketika menentang Imigresen FC sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


 

Aksi sebelah petang bukan masalah buat TFC

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker