Wafiy sempat tolak 2 kawan ke tepi dengan kaki, sebelum hanyut dan lemas – Nenek
Wafiy sempat tolak 2 kawan ke tepi dengan kaki, sebelum hanyut dan lemas – Nenek

MELAKA: Seorang nenek terduduk apabila menerima berita mengenai cucu lelakinya berusia 12 tahun lemas di Pantai Puteri, di sini, malam semalam.
Ketika itu, Maria Jantan, 62, sedang bersiap untuk solat Maghrib sebelum dihubungi anaknya, Siti Nadiah Yahaya, 37.
“Ibunya (Siti Nadiah) telefon kata ada budak lemas… dua selamat dan seorang tak selamat iaitu Wafiy (Muhammad Wafiy Adrian Zafran Mohd Ridzuan).
“Saya yang bersiap nak solat Maghrib terus terduduk, terlepas telekung dari tangan,” kata Maria hiba.
Sebelum kejadian sekitar jam 6.30 petang itu, Wafiy dikatakan ke pantai bersama dua rakan sebaya iaitu Mohd Azrill Dis Abdul Hai dan Mohd Zakuan Nazram Mazariswan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Sejak seminggu lalu, katanya Wafiy menunjukkan perubahan sikap menjadi lebih pendiam.
“Saya sudah dua tiga hari tidak jumpa dia, kali terakhir petang Khamis lalu dia datang ke rumah ikut bapanya yang berniaga keropok.
“Biasanya dia suka bermain dengan adiknya, tapi akhir-akhir ini banyak diam. Kalau keluar rumah, dia selalu beritahu, tetapi semalam dia ikut kawannya walaupun ibunya pesan jangan keluar rumah,” katanya ketika menunggu proses bedah siasatan di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, hari ini
Tambah Maria, sehari sebelum kejadian anak kedua daripada empat beradik itu pergi mandi di pantai itu, namun pulang apabila dilarang orang ramai kerana kawasan di situ dalam dan berbahaya.
“Tapi semalam mereka pergi lagi ke pantai tapi di kawasan lain, dan saya tidak sangka dia lemas ketika cuba selamatkan dua kawannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
“Mereka (rakannya) beritahu Wafiy tolak mereka ke tepi pantai dengan kaki, sebelum dia dihanyutkan (arus laut) dan tidak dapat diselamatkan.
“Saya betul-betul terasa kehilangannya kerana dari kecil saya jaga Wafiy apabila ibunya pergi bekerja,” katanya.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbongan.Wa
Wafiy sempat tolak 2 kawan ke tepi dengan kaki, sebelum hanyut dan lemas – Nenek
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.