Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’ [VIDEO]
Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”
Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’ [VIDEO]
Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan telatah comel anak pasangan selebriti, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam yang mencuri perhatian netizen sehingga meraih jumlah tontonan sebanyak lebih daripada 54K tontonan dan lebih 3K tanda ‘likes’ di media sosial.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Shaheizy Sam di TikTok, menunjukkan Salama yang lincah menari di atas katil diiringi lagu dari animasi fantasi dan muzikal, KPop Demon Hunters berjudul ‘Golden’.
“Agak-agak berapa horsepower enjin dia pakai ek?.”-kapsyen Shaheizy Sam di TikTok
@shaheizysam Agaknya berapa horsepower enjin dia pakai ek? 🤔 @SyatillaMelvin
“Roh Tilla Masuk Dalam Badan Dia Ni..”
Perkongsian Shaheizy dibanjiri komen netizen yang meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Salama, malah ada yang sempat berseloroh menyifatkan ‘roh’ isterinya, Syatilla Melvin telah meresap ke dalam tubuh badan anak perempuan mereka.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Bahaya ni kalau dah mula upgrade enjin.”
“Akai jenuh hehe.”
“Muka bapa, peel ibu. Geram sangat aih 🥰🥰.”
“Besa lah nombor 2 kan 😂.”
“Kita yang tengok ni terasa sakit pinggang tau Salama hahaha 🤣.”
“Lincah ni. Kalau aunty menari macam ni slipdisc terus.”
“Roh Tilla Masuk Dalam Badan Dia Ni.”
“Muka Sam, perangai Tilla.”
“Kalau orang tua joget style gini, mahu tak tergeliat pinggang & ICU 1 tahun 😂😂😂.”
“Betul-betul imu ibu turun kat Salama 😅😂.”
“Boleh join Talk To My Manager next season 🥰🤣.”
“MasyaAllah comelnya dia. Memang jadi artis besar nanti ni.”
Sekadar info, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’ [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.