Pengarah animasi Ejen Ali tidak bergaduh dengan isteri sebelum terjun ke sungai – Polis

Pengarah animasi Ejen Ali tidak bergaduh dengan isteri sebelum terjun ke sungai – Polis

Pengarah animasi Ejen Ali tidak bergaduh dengan isteri sebelum terjun ke sungai - Polis
Andi ditemukan meninggal dunia di tepi sungai dekat Kinabatangan, semalam.

SANDAKAN: Kejadian membabitkan pengarah animasi popular, Ejen Ali, yang ditemui lemas selepas terjun ke sungai di Kampung Batu Puteh, Kinabatangan, disahkan tidak mempunyai kaitan dengan insiden pergaduhan.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi, berkata mangsa, Andi Abdul Ghani Kadir, 42, dipercayai terjun ke sungai secara tiba-tiba.

“Tidak ada gaduh (dengan isteri). Tiba-tiba sampai jambatan, mangsa arahkan isteri memberhentikan kereta dan lari keluar sebelum terjun ke sungai,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Andi dipercayai mengalami ‘sakit misteri’ sebelum terjun ke sungai, petang kelmarin.

Semalam, pasukan penyelamat menemui mayat mangsa di tepi sungai berhampiran lokasi kali terakhir mangsa dilihat.

Pengarah itu bersama isterinya yang berusia 33 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Tawau menuju Kota Kinabalu.

Pengarah animasi Ejen Ali tidak bergaduh dengan isteri sebelum terjun ke sungai – Polis

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker