Bunyi rintihan muncul dari sungai

Bunyi rintihan muncul dari sungai

Bunyi rintihan muncul dari sungai
Seekor anjing pengesan berada di kawasan sungai untuk mencari mangsa banjir kilat yang masih hilang. – VoxxNtt

JAKARTA – Penduduk Kampung Wolosambi, wilayah Nusa Tenggara Timur digemparkan dengan bunyi tangisan misteri yang datang dari bawah lembah Sungai Lowo Koke, kawasan paling teruk dilanda banjir kilat baru-baru ini sehingga meragut lapan nyawa, lapor laman berita VoxxNtt semalam.

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Ivon berkata, dia mula mendengar bunyi itu pada petang Ahad lalu kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu  tempatan) ketika bermain permainan kad dengan penduduk lain di pos pengawal.

Menurutnya, bunyi itu menimbulkan rasa ingin tahu penduduk lain, menyebabkan mereka berpusu-pusu keluar dari rumah dan berdiri di pinggir tebing curam di tebing Sungai Lowo Koke.

“Bunyinya seperti bunyi tangisan orang dewasa dan kanak-kanak. Kami semua mendengarnya,” kata Ivon yang disahkan oleh beberapa penduduk lain.

Kata Ivon, bunyi tangisan bercampur rintihan berterusan selama hampir lima minit. Bagaimanapun, punca sebenar bunyi itu masih tidak diketahui.

Penduduk mengesyaki bahawa bunyi itu datang dari arah Sungai Lowo Koke.

Bagaimanapun, mereka berasa aneh kerana lokasi tersebut sedang menjalani kerja-kerja pembinaan jambatan kecemasan oleh Kementerian Kerja Raya dan Perumahan.

Tiada penjelasan lanjut mengenai bunyi tangisan itu. Namun pada malam sama, pasukan tentera Indonesia dan polis meneruskan pencarian tiga mangsa banjir yang masih belum ditemukan di kawasan sungai tersebut. – AGENSI

Bunyi rintihan muncul dari sungai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker