Warga emas rentung dalam kereta terbakar di Senggarang

Warga emas rentung dalam kereta terbakar di Senggarang

Warga emas rentung dalam kereta terbakar di Senggarang
Lelaki warga tempatan ditemui rentung dalam kereta terbakar di Pantai Sungai Lurus, Senggarang, Batu Pahat, semalam. – Foto Bomba

BATU PAHAT: Operasi memadam kebakaran sebuah kereta dikejutkan dengan penemuan mayat lelaki rentung di tempat duduk pemandu di Pantai Sungai Lurus, Senggarang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata polis menerima panggilan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit terdapat seorang mangsa rentung dalam kenderaan itu.

Siasatan awal polis mendapati rangka terbabit adalah lelaki tempatan berusia 72 tahun.

Warga emas rentung dalam kereta terbakar di Senggarang
Bomba terpaksa menggunakan motosikal orang awam ke tempat kejadian lelaki rentung dalam kereta terbakar di Pantai Sungai Lurus, Senggarang berikutan jentera tidak dapat memasukinya disebabkan laluan sempit. – Foto Bomba

“Namun, pengesahan rasmi identiti akan dijalankan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.

Jentera Bomba tak dapat masuk lokasi kerana jalan sempit

Dalam pada itu, pasukan bomba terpaksa menggunakan motosikal orang awam ke tempat kejadian berikutan jentera tidak dapat memasukinya disebabkan laluan sempit.

Komander Operasi Kanan Norhisam Abdul Talib berkata, tindakan awal operasi ialah menggunakan baldi untuk mengangkut air sungai berhampiran bagi memadam kebakaran.

Warga emas rentung dalam kereta terbakar di Senggarang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker