PU Syed Tegur Penampilan Seksi Liyana Jasmay

Liyana Jasmay Akui Memang Suka Bergaya Begitu

PU Syed Tegur Penampilan Seksi Liyana Jasmay

PU Syed Tegur Penampilan Seksi Liyana Jasmay

Selebriti popular, Liyana Jasmay memilih untuk berlapang dada dengan setiap teguran yang diterima, termasuklah kritikan pendakwah bebas PU Syed yang menegur penampilannya yang dianggap terlalu seksi dan boleh menjurus ke arah keburukan. Menurut Liyana, 37, kritikan adalah perkara biasa dalam dunia seni dan dia tidak akan melenting hanya kerana berdepan komen yang kurang menyenangkan.

PU Syed Tegur Penampilan Seksi Liyana Jasmay

“Apa sahaja komen yang baik atau buruk, saya terima dengan hati terbuka. Tidak pernah terdetik rasa marah atau sakit hati. Saya terima segala teguran. Semoga doa yang baik kembali kepada saya dan mereka yang mendoakan,” katanya. Ujar penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta itu lagi, selagi teguran tidak menyentuh soal ibu bapa, dia tidak akan mengambil hati dan sentiasa memilih untuk memaafkan sesiapa sahaja. “Yang bercakap buruk pun saya maafkan. Tolonglah tegur kalau saya ada buat silap kerana saya tak pernah ambil hati kecuali mereka sentuh fasal ibu bapa,” tambahnya.

PU Syed Tegur Penampilan Seksi Liyana Jasmay

Mengulas tentang kritikan terbuka PU Syed, Liyana mengakui dirinya jarang membaca komen netizen di media sosial dan hanya mengetahui tentang perkara itu apabila dimaklumkan orang sekeliling. “Saya tidak baca komen di media sosial, itu hak mereka. Sebagai selebriti, setiap orang ada hak untuk menyuarakan pendapat. Jadi apa sahaja yang ingin dikatakan, terpulang pada diri masing-masing. Saya tak mahu halang atau marah. Saya ada banyak benda lain nak buat, biasanya orang sekeliling yang akan maklumkan pada saya,” jelasnya.

Liyana sebelum ini menerima kecaman hebat kerana penampilannya yang dianggap terlalu seksi, namun dia tetap terbuka menerima nasihat yang baik untuk dijadikan panduan memperbaiki diri pada masa depan. Malah, dia tidak menafikan memang gemar bergaya seksi, tetapi pada masa sama menghargai teguran yang disampaikan dengan niat baik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Anak Liyana Jasmay Takut Masuk Asrama Selepas Kes Zara Qairina, Pernah Dipukul Pembuli Usia 13 Tahun
PU Syed Tegur Penampilan Seksi Liyana Jasmay
Foto – @liyanajasmay (IG)

Susulan kenyataan Liyana, PU Syed pula tampil mengingatkan bahawa setiap tindakan perlu dinilai berdasarkan hukum halal dan haram. Katanya, sesiapa yang memulakan sesuatu amalan buruk akan menanggung dosa bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga bagi mereka yang mengikutinya.

 

PU Syed Tegur Penampilan Seksi Liyana Jasmay

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker