Pemandu e-hailing ditahan langgar lampu merah, nyaris langgar pejalan kaki dalam video tular
Pemandu e-hailing ditahan langgar lampu merah, nyaris langgar pejalan kaki dalam video tular

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu e-hailing ditahan susulan satu video tular di media sosial yang memaparkan sebuah kereta hampir melanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintas jalan.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata lelaki berusia 42 tahun itu ditahan susulan kejadian yang berlaku di kawasan lampu isyarat di Jalan Hishamudin itu.
Mengulas lanjut, katanya Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerima video tular itu dan bertindak atas maklumat, tangkapan dilakukan pada jam 8.15 pagi hari ini terhadap pemandu kenderaan terbabit.
“Siasatan mendapati pemandu Perodua Bezza itu melanggar lampu isyarat merah di jalan Hishamudin dari arah jalan Kinabalu menghala Jalan Raja berdekatan Dataran Merdeka.
“Akibat perbuatan itu, pemandu kereta itu hampir melanggar seorang pejalan kaki yang sedang melintasi jalan di laluan lintasan jalan berkenaan,” katanya.
Beliau berkata,m pemandu kereta itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Terdahulu video berdurasi 33 saat dirakam melalui kamera papan pemuka dikongsi di platform X menunjukkan kereta berkenaan menghampiri persimpangan dengan kelajuan tinggi sebelum tiba-tiba membrek selepas menyedari terdapat pejalan kaki sedang melintas.
Pejalan kaki itu dilihat sempat bertindak pantas dan mengelak daripada dilanggar.
Dalam rakaman itu, pejalan kaki terbabit kelihatan terkejut dan menjatuhkan telefonnya ketika kejadian sebelum meneruskan perjalanan melintas jalan.
Pemandu e-hailing ditahan langgar lampu merah, nyaris langgar pejalan kaki dalam video tular
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.