Howe tekad buru piala, tidak kira nama kejohanan
Howe tekad buru piala, tidak kira nama kejohanan

London: Pengendali Newcastle United, Eddie Howe menegaskan skuad The Magpies bersemangat tinggi untuk menambah koleksi kejuaraan, malah tidak sesekali memandang rendah nama sesuatu kejohanan.
Howe menurunkan barisan terkuat ketika menewaskan Bradford City, termasuk dua bintang Brazil, Bruno Guimaraes dan Joelinton yang mempamerkan persembahan cemerlang menentang The Bantams.
Kemenangan 4-1 itu memastikan Newcastle bakal berdepan Tottenham Hotspur di pusingan keempat Piala Liga, sekali gus memberi kelebihan beraksi di laman sendiri dalam misi mara ke suku akhir buat musim keempat berturut-turut.
“Kami mahu menang apa sahaja yang diletakkan di hadapan kami, dan sikap itu datang daripada kami, jurulatih dan ia seharusnya mengalir kepada pemain.
“Tiada beza antara perlawanan; ini semua adalah peluang untuk menang trofi, dan anda tidak boleh sesekali menolaknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Jadi, pusingan awal adalah yang paling sukar. Musim lalu kami terpaksa berhempas pulas menentang Wimbledon sebelum muncul juara; Bradford juga sama. Mentaliti itu tidak boleh dipandang ringan,” kata Howe selepas perlawanan.
Howe turut membuat keputusan berani apabila memilih untuk tidak menurunkan skuad muda, sebaliknya mengekalkan pemain berpengalaman dalam kesebelasan utama.
“Kami mahu menang, mahu menjaringkan gol dan cuba menghiburkan semua yang hadir.
“Saya fikir kami berjaya melakukannya. Ia sememangnya perlawanan yang sukar kerana tiada siapa mahu memberi laluan mudah kepada anda,” tambahnya.
Howe tekad buru piala, tidak kira nama kejohanan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.