Gol lewat Antony ranapkan impian Forest
Gol lewat Antony ranapkan impian Forest

Seville, Sepanyol: Antony menafikan kemenangan pertama Ange Postecoglou selaku pengendali Nottingham Forest apabila memastikan Real Betis mengikat pasukan England itu 2-2 dalam saingan Liga Europa, awal pagi tadi dalam aksi sulung Forest di pentas Eropah selepas 30 tahun.
Jurulatih baharu itu hampir meraikan kemenangan dalam perlawanan keempatnya bersama bekas juara dua kali Piala Eropah menerusi dua jaringan babak pertama Igor Jesus, selepas Cedric Bakambu terlebih dahulu membuka tirai jaringan buat tuan rumah.
Namun Antony muncul wira Betis apabila menyempurnakan peluang dalam kotak penalti pada minit ke-85 untuk mengikat kedudukan.
Postecoglou, yang menjuarai Liga Europa musim lalu bersama Tottenham sebelum dipecat dua minggu kemudian, kini mengidam untuk menamatkan penantian Forest sejak 1990 bagi meraih trofi utama.
“Ia tempat yang sukar untuk datang, dengan keadaan perlawanan yang juga sukar. Orang ramai tidak sedar bagaimana kelembapan udara di sini benar-benar menguji tenaga, malah keadaan padang juga sama.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Saya fikir corak permainan kami sangat baik pada babak pertama. Cuma kelemahan kami, kami gagal menamatkan permainan dengan lebih awal,” kata Postecoglou.
Postecoglou merehatkan penyerang utama, Chris Wood di bangku simpanan bagi memberi peluang kepada Jesus, penyerang yang dibeli dari Botafogo pada musim panas ini, dan pemain Brazil itu membalas kepercayaan dengan dua jaringan.
Bagi Betis, Antony bekas pemain sayap Manchester United menjadi watak penting dengan membantu mencipta gol pembukaan.
Bermain di Stadium Cartuja di Seville sementara stadium asal mereka, Benito Villamarin sedang diubah suai, Betis mendahului pada minit ke-15 menerusi Bakambu.
Antony yang bergerak dari kanan, melorongkan bola kepada penyerang Republik Congo itu yang kemudiannya berpusing sebelum melepaskan rembatan deras ke penjuru atas gol.
Forest segera menyamakan kedudukan menerusi Jesus yang mudah menolak masuk bola hantaran rendah Morgan Gibbs-White.
Gol lewat Antony ranapkan impian Forest
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.