Geng mengganas di Taman Sentosa Klang, Brickfields dan Cheras tumpas

Geng mengganas di Taman Sentosa Klang, Brickfields dan Cheras tumpas

Geng mengganas di Taman Sentosa Klang, Brickfields dan Cheras tumpas
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail (kanan) bersama Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah CP Datuk M Kumar (tengah) dan Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Datuk Mohd Suki Kaman (kiri) ketika sidang media mengenai Operasi Jack Sparrow di Bukit Aman semalam. – Foto NSTP/Amirudin Sahib

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan satu kumpulan jenayah terancang dengan menahan 17 ahlinya dalam operasi di empat negeri pada 11 September lalu.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata kumpulan itu dipercayai aktif sejak 2023 dengan melakukan jenayah kekerasan termasuk pembunuhan serta khianat menggunakan api.

“Tangkapan membabitkan individu berusia 19 hingga 44 tahun dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dengan kerjasama Polis Kontinjen Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang,” katanya semalam.

Mengganas di Taman Sentosa, Klang

Beliau berkata, perbuatan ganas kumpulan itu pernah tular di media sosial apabila video serangan mereka di Taman Sentosa, Klang menyebabkan kematian.

Pihak polis turut menyiasat kemungkinan pembabitan kumpulan sama dalam kes tembakan di restoran di Brickfields dan Cheras pada Jun lalu.

Mohd Khalid berkata, siasatan lanjut mendapati semua suspek mempunyai 80 rekod jenayah lampau termasuk 34 kes berkaitan dadah.

Semua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Seksyen 130V Kanun Keseksaan kerana menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Beliau berkata, kumpulan berkenaan dianggarkan mempunyai 33 ahli dan pihaknya sedang mengesan saki-baki anggota kumpulan berkenaan melibatkan enam individu penting termasuk dalang utama seorang lelaki tempatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


“Siasatan mendapati motif utama kumpulan ini adalah keuntungan serta perebutan kawasan dan pengaruh, malah ada yang dipercayai terbabit dalam kegiatan dadah dan pemberi pinjaman wang tanpa lesen,” katanya.

Mohd Khalid menegaskan kejayaan operasi ini hasil risikan dan penguatkuasaan bersepadu, sekali gus memberi mesej jelas bahawa tiada ruang toleransi terhadap mana-mana kumpulan jenayah yang cuba mencabar undang-undang dan menggugat keselamatan negara. – BERNAMA

Geng mengganas di Taman Sentosa Klang, Brickfields dan Cheras tumpas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker