Ellie Suriaty Akui Takut Tersasar Akidah
“Masuk Set, Saya Doa Panjang Minta Ampun Daripada Allah”
Ellie Suriaty Akui Takut Tersasar Akidah
Pelakon berpengalaman, Ellie Suriaty tidak pernah mengambil mudah setiap watak yang dipertanggungjawabkan kepadanya, apatah lagi kali ini apabila diberi peranan mencabar sebagai ketua ajaran sesat dalam drama terbaharu berjudul Ibu Aji. Ellie atau nama sebenarnya Ellie Suriaty Omar, 54, mengakui hatinya sentiasa sarat dengan doa sebelum melangkah ke set penggambaran kerana bimbang watak yang dibawa boleh memberi kesan terhadap akidahnya sekiranya tidak dijaga dengan sebaiknya.
Menurut pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-16 itu, setiap kali sebelum penggambaran bermula dia tidak pernah lalai untuk memanjatkan doa panjang, memohon keampunan serta kelancaran penyampaian. Katanya, doa menjadi benteng utama agar tidak goyah dalam melakonkan watak yang bertentangan dengan agama. “Kalau saya tidak berdoa, akan timbul rasa bersalah, hati jadi berat dan dialog pula tersekat. Doa bermula sejak dari rumah lagi, malah sepanjang perjalanan ke lokasi penggambaran saya hanya menadah tangan tanpa berbual dengan sesiapa. Itu kekuatan saya,” ujarnya.
Ellie menegaskan meskipun melakonkan watak antagonis, niatnya hanya untuk memberi cerminan kepada penonton agar lebih berhati-hati supaya tidak mudah terjebak dengan penipuan ajaran sesat. Baginya, penghayatan watak perlu dilakukan sepenuh hati, namun doa adalah pengikat yang memastikan semuanya dilakukan dengan landasan yang betul. “Allah tahu niat saya hanya mahu menyampaikan mesej, bukan sebaliknya. Saya yakin lakonan ini boleh membuka mata penonton bahawa penyelewengan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira latar belakang,” tambahnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Menyedari drama ini berpotensi menerima kecaman, Ellie tetap berlapang dada kerana baginya tugas pelakon bukan sekadar mencari populariti, tetapi menjadi penyampai mesej yang dekat dengan realiti masyarakat. Dia memberi contoh bagaimana ajaran sesat pernah menggegarkan negara dengan pengikut yang terdiri daripada golongan profesional, berilmu dan beragama tetapi tetap tersasar dari jalan kebenaran. “Kecaman adalah lumrah, tetapi penonton harus menilai daripada sudut lebih luas. Watak ini bukan sekadar hiburan, tetapi cerminan kepada apa yang berlaku di luar sana,” katanya.
Drama Ibu Aji arahan Amor Rizan turut menampilkan pelakon hebat seperti Fazlina Ahmad Daud dan Irsyadi Noor, dan boleh ditonton secara eksklusif menerusi platform Karya Reels yang baru sahaja dilancarkan.
Ellie Suriaty Akui Takut Tersasar Akidah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.