Datin Shahida Kongsi Momen Ammar Ahyan Jadi Wakil Di Majlis Penyerahan Zakat
Curi Perhatian Netizen!
Datin Shahida Kongsi Momen Ammar Ahyan Jadi Wakil Di Majlis Penyerahan Zakat
Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida menitipkan rasa syukur terhadap anak sulung mereka, Ammar Ahyan yang disifatkan semakin matang ketika menjadi wakil kepada Aliff di majlis penyerahan zakat Lembaga Zakat Selangor, baru-baru ini.
Kongsi Datin Shahida di Instagram, dia yang pada mulanya merasa bimbang jika Ammar bakal kekok menghadiri acara yang penuh protokol itu, namun bersyukur melihat anak lelakinya itu kelihatan sangat matang.
“Syukur Alhamdulillah tercapai impian mama dan papa menunaikan zakat pendapatan untuk separuh tahun 2025 Januari sehingga Jun kepada Lembaga Zakat Selangor. Malangnya mama dengan papa tak dapat hadir atas urusan lain. Jadi kami wakilkan Ammar Ahyan untuk ke majlis hari ini.
Dah pesan awal-awal dah protokol untuk majlis, takut dia kekok. Tapi Alhamdulillah awak nampak sangat matang Ammar.”-kongsi Shahida di Instagram
“Ammar Ni Ada Aura Dia Yang Tersendiri…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Ammar ketika diusik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di majlis tersebut, malah ramai yang berpendapat putera sulung Aliff dan Shahida ini sememangnya mempunyai aura ‘Megah Holding’.
“Kenapa masa dia turun kereta tu aku rasa aura Ammar Ahyan pulak macam aura anak Sultan.”
“Ni baru betul vibes anak Tan Sri Megah Holding. Bukan dalam drama TV3 ya tapi real life.”
“Future CEO. Jalan pun dah macam YB Ammar. Nampak matang dari usia.”
“Boleh bayangkan betapa bangganya Dato dan Datin sebagai ibu dah ayah, anak sulung mereka penuh adab, berani dan ilmu.”
“Ammar ni ada aura dia yang tersendiri. Sangat humble dan sopan.”
“Boleh dah ganti bapa dia. Yang ni behave sikit dari bapa dia.”
Sekadar info, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida mendirikan rumah tangga pada 10 Ogos 2007.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah, dan Luqman Al- Hakim.
Datin Shahida Kongsi Momen Ammar Ahyan Jadi Wakil Di Majlis Penyerahan Zakat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.