Aksi Shila Amzah Menunggang Motorsikal Elektrik [VIDEO]
Buatkan Netizen Teruja
Aksi Shila Amzah Menunggang Motorsikal Elektrik [VIDEO]
Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Shila Amzah Yang menunggang motorsikal elektrik yang dibeli oleh suaminya itu.
@ubaihani Ada orang dah pandai bawa motor 👀 #fypシ゚ #tiktokmalaysia
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak menyangka Shila Amzah pandai membawa motorsikal. Tambah mereka lagi, kini Shila Amzah kelihatan sangat bahagia dengan pasangan yanng dipilihnya itu.
“habislah ubai, lepas ni shila senyap senyap ride pergi kedai eco”
“serious tengok shila sekarang happy, muka nampak muda dan pasangan bahagia”
“kenapa aku sedih tengok shila amzah bawa motor tu, kesian dia, tq ubai bagi pelangi dalam kehidupan shila”
“bawa 14 jerit macam 800 hahahaha”
“semoga bahagia milik kalian sekeluarga”
Info tambahan, Nurshahila binti Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar serta telah memenangi pelbagai award di dalam dan di luar negara.
Mempunyai peminat yang ramai dari negara China setelah memenangi satu pertandingan nyanyian di sana pada 2012. Dengan membawa pulang wang berjumlah hampir RM2.5 juta dengan kontrak di sana selama 6 tahun. Selepas tamat kontraknya, Shila kembali ke Malaysia bagi melebarkan lagi sayapnya dalam industri muzik tanah air.
Shila amzah kini aktif di laman sosial miliknya terutamanya di intagram dan tiktok bagi berkongsikan kehidupan sehariannya bersama suami serta anaknya.
Aksi Shila Amzah Menunggang Motorsikal Elektrik [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
You must be logged in to post a comment.