Waspada sindiket pancing data guna iklan palsu program Rumah Mesra Rakyat

Waspada sindiket pancing data guna iklan palsu program Rumah Mesra Rakyat

Waspada sindiket pancing data guna iklan palsu program Rumah Mesra Rakyat

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta berwaspada terhadap cubaan memancing data atau phishing oleh sindiket penipuan yang menggunakan iklan palsu Program Rumah Mesra Rakyat 2025 di media sosial untuk merampas akaun Telegram mangsa.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata, sindiket berkenaan dipercayai mahu merampas akaun Telegram bagi digunakan dalam aktiviti jenayah siber seperti penyamaran, pemerasan dan penipuan dalam talian.

Beliau berkata, hasil pemantauan, pihaknya mengenal pasti satu akaun TikTok yang aktif mempromosikan program berkenaan dengan memaparkan pautan dihalakan ke laman web luar negara.

“Pautan mencurigakan itu memaparkan pautan yang seterusnya menghala ke domain yang bukan domain rasmi kerajaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Rusdi berkata, laman web palsu itu akan meminta mangsa mengisi butiran peribadi seperti nama penuh dan nombor telefon dan kemudian memasukkan kod OTP yang dihantar ke nombor itu seterusnya menyerahkan kata laluan akaun Telegram.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


“Walaupun setakat ini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung penipuan berkenaan, orang ramai dinasihatkan agar tidak menekan pautan itu atau memberikan sebarang maklumat peribadi kepada laman web tidak rasmi sebagai langkah pencegahan,” katanya

Waspada sindiket pancing data guna iklan palsu program Rumah Mesra Rakyat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker