Pekerja lemas ditemukan terapung di Sungai Perak dekat Teluk Intan
Pekerja lemas ditemukan terapung di Sungai Perak dekat Teluk Intan

IPOH: Seorang lelaki ditemukan lemas dalam keadaan terapung di Sungai Perak berhampiran sebuah kapal sedut pasir, kira-kira 800 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh di bengkel membaiki kapal di Batu 8, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, kira-kira 88 kilometer dari sini, malam tadi.
Mangsa, Neoh Jun Jie, 24, yang bekerja sebagai pengikat tayar di kapal kargo, dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja pemasangan tayar di sisi kapal yang sedang dibaiki, kira-kira 10 meter dari tebing sungai.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah, berkata pihaknya menerima maklumat daripada nelayan mengenai penemuan mayat mangsa jam 9.18 malam.
“Mayat dibawa ke tebing jam 9.58 malam dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi dikawal pada 9.50 malam dan tamat sepenuhnya pada 10.40 malam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Bomba terima panggilan kejadian jam 4.20 petang semalam dan operasi mencari serta menyelamat (SAR) dimulakan pada 4.41 petang.
“Bagaimanapun, operasi SAR terpaksa ditangguhkan jam 7.15 malam kelmarin sebelum bersambung semula pada 8 pagi semalam. Antara langkah yang dilaksanakan termasuk selaman oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), penggunaan konsep LAST serta pencarian di permukaan air,” katanya. – BERNAMA
Pekerja lemas ditemukan terapung di Sungai Perak dekat Teluk Intan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.